Carpal Tunnel Release (CTR)



Dah bertahun tak update blog.. kali ni saya nak kongsi pengalaman tentang pembedahan tangan kiri pada 1.9.2018.. hari ni hari ke-13 selepas pembedahan (endoscopic ctr).

Saya menghidap penyakit Carpal Tunnel Syndrome (CTS) pada kedua-dua belah tangan sejak 2011.. macam-macam rawatan saya dah cuba, antaranya urut, akupunktur, wrist splint, fisioterapi, ambil vitamin, sapu losyen. kalau banyak buat kerja (guna tangan), bertambahlah sakitnya..

http://syazalina83.blogspot.com/2011/10/sindrom-carpal-tunnel.html

Saya dah refer Hospital Gleneagles, PPUM dan Ampang Puteri.. last jumpa doktor 2014, sebelum mengandung, dapat vitamin dengan losyen panas.. lepas tu takde buat rawatan sebab :
2014 : mengandung
2015 : bersalin (induced + emergency czer)
2016 : mengandung + bersalin (induced + emergency czer)
2017 : besarkan anak2, menyusu badan

2018 ni dah bertambah sakit, tu yang cari juga hospital untuk rujuk masalah ni.. sebenarnya nak pergi PPUKM Specialist, Cheras sebab dekat dengan rumah mak.. tapi PPUKM bukan hospital panel company suami.. terpaksa cari hospital panel yang lain..

31.8.2018
Start puasa pukul 10 malam.. doktor benarkan saya minum air kosong sebelum pukul 3 pagi 1.9.2018..sebab anak saya menyusu badan..

1.9.2018
Saya ditemani suami mendaftar untuk admit wad pukul 7.21 pagi... pukul 8.45 pagi baru dapat masuk bilik double sebab bilik single takde kosong.. saya nak bilik single sebab nak bawa anak-anak tidur sekali.. lagi pun takut mengganggu pesakit lain yang ada dalam bilik kalau bawa anak kecik...

Sebelum masuk bilik, timbang berat badan.. lepas tu dalam bilik ambil darah dan bacaan tekanan darah.. dup dap dup dap je jantung ni tunggu nak kena operate.. macam nak bersalin czer dulu..huhu.. kena tanggal semua pakaian luar dan dalam, barang2 kemas, aksesori, contact lens, cermin mata..

Saya ditolak masuk ke bilik pembedahan dekat pukul 10 pagi.. saya ditidurkan semasa pembedahan.. oleh sebab tangan kiri yang nak dibedah, jadi doktor bius kat tangan kanan.. mula-mula doktor tepuk kat tepi ibu jari kanan ni untuk cari urat, adoiiiii sakit gila..sebab ibu jari saya ada penyakit dequervain.. kali ketiga cucuk, baru ubat bius masuk..kat urat pergelangan tangan kanan.. lepas tu pakai topeng oksigen, tiba-tiba dah tak sedar diri..

Sedar-sedar je dah ada kat recovery area.. kepala berat sangat, susah nak bukak mata..rimas pakai topeng oksigen.. pukul 11.30 pagi dah ada kat recovery area tu..nak bagi stabil.. pukul 1.07 petang baru discharge ke wad..

Dah sampai bilik, masih mamai-mamai.. tido je.. bangun kejap, tido balik.. pukul 6 petang dapat tukar bilik single..alhamdulillah.. suami pun balik rumah ambil barang-barang dan anak-anak..

Suami, anak-anak, mak, adik lelaki dan adik perempuan datang melawat lepas maghrib..borak-borak kejap, lepas tu mak dengan adik-adik balik..

kebas takkan terus hilang selepas pembedahan..lepas buka jahitan minggu kedua, minggu ketiga kena mula jalani fisioterapi dan senaman tgn utk kembalikan kekuatan tgn.. ambil masa beberapa bulan juga, terutamanya kalau dah sakit bertahun-tahun..

Ni contoh video animasi pembedahan..


Ok, nanti saya update lagi cerita..ni pun menaip guna handphone je.. :)

Comments

  1. saya macam dah start rasa kebas2 and sakit urat dkt jari manis dan kelingking..takut nak jumpa doc kalau kne operate..T_T

    moga sis diberikan kesembuhan..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Ya Allah.kak operation 3 minggu lps.x de perubahan. Masih kebas.jagi keras nak genggam.mcm Mana nak ngajar ,pen x boleh pegang.Syaz dah boleh atasi ke? Tolong kongsi.mc tinggal 9 Hari lagi😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Risaunya nk operate.. saya plan 20th ni nk operate.. akak cmner slrg..ada good improvement x

      Delete
  4. boleh sy tahu sis operate dkt mane ye?

    ReplyDelete
To insert emoji in your comment, simply type in the characters beside your chosen emoji...
:) ;) :D :7 :)) =)) :P :( :(( :-S @-) 8-} :-O X( :x :-* =(( I-) :-$ :-a =P~ B-) :-B 2):) X_X -Y- :Y :N =D7 :-h

Post a Comment