Tips Menidurkan Bayi
Sumber : Baby Language 5 March 2015 Pernahkah anda berhadapan situasi di mana bayi menolak usaha anda menidurkan mereka walau jelas mereka sedang amat letih? Dan anda mula bingung memikirkan, bukankah bantuan anda adalah apa yang mereka perlukan pada ketika itu? Melatonin adalah hormon penting yang mempromosi rasa mengantuk. Sebarang bentuk sumber cahaya seperti matahari, lampu, cahaya tv, telifon, ipad dan sebagainya, yang dapat di tangkap oleh retina mata, akan memberi mesej ke otak untuk merencatkan pengeluaran melatonin ketika badan memasuki fasa letih dan rasa mengantuk di hapuskan. Masalahnya disini adalah, apabila anda GAGAL menangkap fasa letih pada peringkat awal yang selalunya dapat di kenalpasti dengan tanda-tanda seperti bayi mula tidak berminat dengan sebarang aktiviti, memaling muka atau merenung ke satu arah sambil menghisap jari, hormon stress iaitu kortisol akan mula dirembeskan. Kortisol mempromosi rasa 'segar', berjaga dan awas. Tentu ada dapat b...