Posts

Showing posts with the label hari guru

Lagu Tema Hari Guru 2012 (Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara)

Image
Tadi saya mencari-cari lagu tema hari guru bagi tahun 2012..sebab nak kena hafal untuk persembahan koir guru-guru bagi sambutan hari guru peringkat negeri selangor... akhirnya jumpa juga dan boleh download utk dengar sebelum latihan khamis minggu depan.. Jadi saya nak share lirik dan file audio tersebut seperti di bawah.. GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA Kita berbicara tentang inovasi Ciptaan baharu gaya hidup kini Meningkatkan Produktiviti Terkini Bangun, beranikan terima seruan Mendidik, memimpin penuh berwawasan Menciptakan kreativiti Melahirkan Guru Inovatif c/o Sahutlah cabaran, perubahan Daulatkan Bidang Pendidikan, Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara Malaysia Ku tercinta Kita berbicara tentang inovasi Ciptaan baharu gaya hidup kini Meningkatkan Produktiviti Terkini Tiada pernah jemu tiada putus asa Sedia menimba ilmu di mana saja Binakanlah keyakinan Merentasi segala halangan ulang c/o x2 La...

Lagu Tema Hari Guru 2011 (Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara)

Image
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA Bersatu kita menuju paradigma yang baharu Satu tekad dan harapan menyahut cabaran dunia Pendidik berkualiti demi mencapai visi Dengan azam yang murni membentuk akhlak terpuji Guru mendidik insan dengan setulus hati Membimbing generasi masa depan Guru penjana transformasi pendidikan negara Menjayakan hasrat yang murni Satu Malaysia Pendidik berinovasi menghasilkan kreativiti Bersedia hadapi cabaran Arus tanpa sempadan Pendidik yang berkualiti Membentuk akhlak terpuji Mengimbangkan rohani Jati diri dan jasmani Guru mendidik insan dengan setulus hati Membimbing generasi masa depan Guru penjana transformasi pendidikan negara Menjayakan hasrat yang murni Satu Malaysia Satu Malaysia... Satu Malaysia Lagu dan lirik : Rosman Adam Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara (Vokal) Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara (Minus One) Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara (Instrumental)