Posts

Showing posts with the label baby

Kenapa Bayi Kerap Menangis ?

Image
Sumber : Baby Language 21 January 2015 Di dalam bidang tangisan bayi, adalah di maklumi bahawa amat biasa bagi bayi kecil untuk menangis kerap pada bulan-bulan awal kehidupan terutama menjelang lewat petang membawa ke malam. Ia di gelar 'witching hour' atau jam sihir. 'Witching hour' mendapat namanya kerana seperti kebanyakkan budaya di dunia ini, kita sering mengaitkan menangis atau resah berlebihan pada waktu begini sebagai ada kaitan dengan unsur mistik, jin atau hantu.  Sebenarnya sains ada jawapan konkrit bagi perkara ini: Overtired (terlalu penat): siapa yang tidak letih pada penghujung hari selepas melalui 1 hari yang panjang?. Orang dewasa yang pulang dari kerja, anak-anak yang pulang dari sekolah malah surirumah yang mengurus rumah sejak pagi juga sudah letih secara mental atau fizikal pada penghujung hari. Sama halnya dengan bayi. Dan kerana mereka tidak pandai menyalurkan atau menyatakan rasa amat letih ini, mereka mula 'buat hal' bila p...

Tips Menidurkan Bayi

Image
Sumber : Baby Language 5 March 2015 Pernahkah anda berhadapan situasi di mana bayi menolak usaha anda menidurkan mereka walau jelas mereka sedang amat letih? Dan anda mula bingung memikirkan, bukankah bantuan anda adalah apa yang mereka perlukan pada ketika itu? Melatonin adalah hormon penting yang mempromosi rasa mengantuk. Sebarang bentuk sumber cahaya seperti matahari, lampu, cahaya tv, telifon, ipad dan sebagainya, yang dapat di tangkap oleh retina mata, akan memberi mesej ke otak untuk merencatkan pengeluaran melatonin ketika badan memasuki fasa letih dan rasa mengantuk di hapuskan. Masalahnya disini adalah, apabila anda GAGAL menangkap fasa letih pada peringkat awal yang selalunya dapat di kenalpasti dengan tanda-tanda seperti bayi mula tidak berminat dengan sebarang aktiviti, memaling muka atau merenung ke satu arah sambil menghisap jari, hormon stress iaitu kortisol akan mula dirembeskan. Kortisol mempromosi rasa 'segar', berjaga dan awas. Tentu ada dapat b...

Berilah Susu Ibu Sehingga Berumur Dua Tahun

Image
Oleh : Dr. Zubaidi Hj. Ahmad 24 November 2013 BERILAH SUSU IBU SEHINGGA BERUMUR DUA TAHUN Allah SWT telah menjadikan susu ibu sebagai susu yang terbaik sebagai makanan utama bayi. Banyak bukti saintifik membuktikan kelebihannya berbandingan dengan susu formula, sama ada yang berasakan susu lembu atau soya. Susu ibu menepati fitrah bayi yang masih belum matang untuk menghadamkan pemakanan mereka. Dalam Islam juga, susu ibu adalah pilihan terbaik. Dalam Al-Quran, kita telah diberikan arahan seperti berikut: “Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan” (Surah Al-Bakarah : ayat 233) Begitu juga dalam ayat lain, Allah SWT telah memberitahu: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bers...