Posts

Showing posts with the label 2011

Pertandingan Koir Patriotik 2011

Image
Hadiah birthday paling best tahun ni...  ♥ Alhamdulillah, setelah berpenat lelah dengan urusan pasukan koir sekolah, sekolah saya mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Koir Patriotik 2011 antara sekolah-sekolah rendah, anjuran Subang Parade pada 16 Julai 2011... Saya bersyukur sgt sbb ramai pihak yg sudi membantu untuk mewujudkan semula pasukan koir sekolah kami....terutamanya ibu bapa n suami saya, guru besar, semua cikgu, cikgu praktikum, makcik tukang jahit, parents n family murid2, dan semua sekali yg terlibat sama ada secara langsung atau pun tidak langsung... First time masuk pertandingann + latihan hanya bbrp minggu, tp boleh mendapat kejayaan jika kita ada teamwork yg mantap! Murid2 pun cekap menghafal bahagian masing2 (nyanyi / main piano)... Pengalaman menguruskan murid2 koir ni sangat berharga buat sy yg hanya berpengalaman setahun setengah menjadi guru muzik..masa kecik2, sy belajar piano pun hanya sampai darjah 4, takde grade pun.. tp sy sukakan muzik (iku...

Lagu Tema Hari Guru 2011 (Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara)

Image
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA Bersatu kita menuju paradigma yang baharu Satu tekad dan harapan menyahut cabaran dunia Pendidik berkualiti demi mencapai visi Dengan azam yang murni membentuk akhlak terpuji Guru mendidik insan dengan setulus hati Membimbing generasi masa depan Guru penjana transformasi pendidikan negara Menjayakan hasrat yang murni Satu Malaysia Pendidik berinovasi menghasilkan kreativiti Bersedia hadapi cabaran Arus tanpa sempadan Pendidik yang berkualiti Membentuk akhlak terpuji Mengimbangkan rohani Jati diri dan jasmani Guru mendidik insan dengan setulus hati Membimbing generasi masa depan Guru penjana transformasi pendidikan negara Menjayakan hasrat yang murni Satu Malaysia Satu Malaysia... Satu Malaysia Lagu dan lirik : Rosman Adam Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara (Vokal) Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara (Minus One) Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara (Instrumental)