Posts

Copyright Claim @ Youtube

Image
  Dah lama tak update blog.. Tak tau nak mula macam mana.. Cuma nak cakap, kalau ambil video kepunyaan orang lain di youtube untuk jadi bahan pengajaran, janganlah seolah-olah mencuri... contohnya tutup watermark.. lepas tu upload pulak video tu dekat youtube.. apa perasaan tuan punya video asal.. penat-penat buat 1 video yang memakan masa berhari-hari, tapi ada orang senang-senang je guna tanpa kebenaran dan buat macam video tu kepunyaan sendiri.. Saya ada nampak beberapa video di youtube yang gunakan video dari channel saya.. saya izinkan walaupun user tu tak minta kebenaran terlebih dahulu, tapi dia tidak tutup watermark dan kredit kepada saya..siap hashtag dan link lagi ke channel saya..  Tapi yang buat saya marah ni, ada user tutup logo saya dan letak dengan gambar lain atau logo dia pulak.. 😡 maaf ya, mana yang saya terjumpa tu, memang saya request for removal dari youtube dan sertakan link video asal..  Terima kasih. syazalina83

Animals Clipart

Image
Gambar dimuat naik dalam Google Drive saya. 

Latihan Cikgu Darul Syazalina (PKP)

Image
Berikut adalah soalan-soalan latihan yang perlu dijawab oleh murid-murid yang diajar oleh Cikgu Darul Syazalina sahaja (Tahap 1).. 😃 Jawapan akan direkodkan dan automatik disimpan dalam Google Drive Cikgu Darul. Harap ibu bapa dapat sama-sama membimbing anak-anak di rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan ini. 🤗  Saya akan kemaskini latihan-latihan dari semasa ke semasa .  #stayathome Semoga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini cepat berakhir dan kita semua dapat ke sekolah seperti biasa... PKP Minggu 1 23.3.2020 - 27.3.2020 (3 Alamanda & 3 Akasia) Moral T3 🔵 Latihan 1 : Terima Kasih #1 T3 🔵 Latihan 2 : Terima Kasih #2 T3 🔵 Latihan 3 : Hemah Tinggi #1 T3 🔵 Latihan 4 : Hemah Tinggi #2 (2 Akasia) Moral T2 🔴 Latihan 1 : Terima Kasih #1 T2 🔴 Latihan 2 : Hemah Tinggi #1 T2 🔴 Latihan 3 : Hemah Tinggi #2 T2 🔴 Latihan 4 : Hemah Tinggi #3 (1 Akasia & 1 Anggerik) Moral T1 🟢 Latihan 1 : Terima Kasih #1 T1 🟢 Latihan 2 : Teri

Buku Teks Tahun 1 KSSR Semakan

Image
Koleksi buku teks Tahun 1 (KSSR Semakan).. boleh view sebagai flipbook dan boleh juga download pdf file.. Sila scroll bookcase di bawah.. TQ... Bahasa Melayu SK Bahasa Melayu SJK English SK English SJK Matematik SK Matematik SJKC Matematik SJKT Mathematics DLP Sains SK Sains SJKC Sains SJKT Pendidikan Islam Pendidikan Moral SK Pendidikan Moral SJKC Pendidikan Kesenian SK Pendidikan Kesenian SJKC Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan SK Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan SJKC Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan SJKT Bahasa Arab Bahasa Cina SK Bahasa Cina SJKC Bahasa Tamil SK Bahasa Iban Bahasa Kadazandusun Bahasa Semai Sumber : https://drive.google.com/open?id=1c1B0CJ_tZETMsYG7BvOdoBASFhxzKxNZ https://mega.nz/#F!XDIkTCbA!YGQ4rqyZRDVLse04UJ7BZQ

Label Cuti @ Peristiwa

Image
Album Label Cuti @ Peristiwa  ni saya create pada awal tahun 2016.. gambar-gambar yang ada dalam album ni adalah gambar yang saya gunakan dalam RPH saya, tapi saya tulis tarikh dan masukkan dalam frame RPH.. tujuan tak tulis tarikh tu untuk dikitar semula jika perlu.. hehe.. dan tujuan letak watermark syazalina83  tu untuk cikgu-cikgu tau asal usul label tu.. watermark tu saya izinkan untuk crop, sebab tu saya letak kat bahagian yang senang nak dihilangkan..  insya Allah nanti kalau saya rajin dan ada masa lapang, saya share gambar yang kosong untuk yang berminat..

Wajah Baru

Image
Hai semua.. ok tak wajah baru blog ni? hehe.. design lama tu dah dekat 10 tahun..dah tak mesra smartphone, slow loading, ada widgets yang dah tak berfungsi.. lagi pun orang sekarang surf internet guna phone je.. sebab tu saya update layout sikit-sikit kat dummy blog masa dalam cuti bersalin 3 bulan hari tu..tapi bukan masa tgh berpantang..  lepas dah puas hati tengok dummy blog tu, baru update layout blog ni.. harap semangat untuk menulis blog semakin bertambah.. 

Carpal Tunnel Release (CTR)

Image
Dah bertahun tak update blog.. kali ni saya nak kongsi pengalaman tentang pembedahan tangan kiri pada 1.9.2018.. hari ni hari ke-13 selepas pembedahan (endoscopic ctr). Saya menghidap penyakit Carpal Tunnel Syndrome (CTS) pada kedua-dua belah tangan sejak 2011.. macam-macam rawatan saya dah cuba, antaranya urut, akupunktur, wrist splint, fisioterapi, ambil vitamin, sapu losyen. kalau banyak buat kerja (guna tangan), bertambahlah sakitnya.. http://syazalina83.blogspot.com/2011/10/sindrom-carpal-tunnel.html Saya dah refer Hospital Gleneagles, PPUM dan Ampang Puteri.. last jumpa doktor 2014, sebelum mengandung, dapat vitamin dengan losyen panas.. lepas tu takde buat rawatan sebab : 2014 : mengandung 2015 : bersalin (induced + emergency czer) 2016 : mengandung + bersalin (induced + emergency czer) 2017 : besarkan anak2, menyusu badan 2018 ni dah bertambah sakit, tu yang cari juga hospital untuk rujuk masalah ni.. sebenarnya nak pergi PPUKM Specialist, Cheras sebab dekat den