Posts

Showing posts from March, 2015

Kenapa Bayi Kerap Menangis ?

Image
Sumber : Baby Language 21 January 2015 Di dalam bidang tangisan bayi, adalah di maklumi bahawa amat biasa bagi bayi kecil untuk menangis kerap pada bulan-bulan awal kehidupan terutama menjelang lewat petang membawa ke malam. Ia di gelar 'witching hour' atau jam sihir. 'Witching hour' mendapat namanya kerana seperti kebanyakkan budaya di dunia ini, kita sering mengaitkan menangis atau resah berlebihan pada waktu begini sebagai ada kaitan dengan unsur mistik, jin atau hantu.  Sebenarnya sains ada jawapan konkrit bagi perkara ini: Overtired (terlalu penat): siapa yang tidak letih pada penghujung hari selepas melalui 1 hari yang panjang?. Orang dewasa yang pulang dari kerja, anak-anak yang pulang dari sekolah malah surirumah yang mengurus rumah sejak pagi juga sudah letih secara mental atau fizikal pada penghujung hari. Sama halnya dengan bayi. Dan kerana mereka tidak pandai menyalurkan atau menyatakan rasa amat letih ini, mereka mula 'buat hal' bila p

Tips Menidurkan Bayi

Image
Sumber : Baby Language 5 March 2015 Pernahkah anda berhadapan situasi di mana bayi menolak usaha anda menidurkan mereka walau jelas mereka sedang amat letih? Dan anda mula bingung memikirkan, bukankah bantuan anda adalah apa yang mereka perlukan pada ketika itu? Melatonin adalah hormon penting yang mempromosi rasa mengantuk. Sebarang bentuk sumber cahaya seperti matahari, lampu, cahaya tv, telifon, ipad dan sebagainya, yang dapat di tangkap oleh retina mata, akan memberi mesej ke otak untuk merencatkan pengeluaran melatonin ketika badan memasuki fasa letih dan rasa mengantuk di hapuskan. Masalahnya disini adalah, apabila anda GAGAL menangkap fasa letih pada peringkat awal yang selalunya dapat di kenalpasti dengan tanda-tanda seperti bayi mula tidak berminat dengan sebarang aktiviti, memaling muka atau merenung ke satu arah sambil menghisap jari, hormon stress iaitu kortisol akan mula dirembeskan. Kortisol mempromosi rasa 'segar', berjaga dan awas. Tentu ada dapat b