Posts

Showing posts from February, 2015

Berilah Susu Ibu Sehingga Berumur Dua Tahun

Image
Oleh : Dr. Zubaidi Hj. Ahmad 24 November 2013 BERILAH SUSU IBU SEHINGGA BERUMUR DUA TAHUN Allah SWT telah menjadikan susu ibu sebagai susu yang terbaik sebagai makanan utama bayi. Banyak bukti saintifik membuktikan kelebihannya berbandingan dengan susu formula, sama ada yang berasakan susu lembu atau soya. Susu ibu menepati fitrah bayi yang masih belum matang untuk menghadamkan pemakanan mereka. Dalam Islam juga, susu ibu adalah pilihan terbaik. Dalam Al-Quran, kita telah diberikan arahan seperti berikut: “Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan” (Surah Al-Bakarah : ayat 233) Begitu juga dalam ayat lain, Allah SWT telah memberitahu: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bers