Welcome to http://syazalina83.blogspot.com

Selamat datang ke laman blog peribadi @syazalina83
Blog ini adalah blog peribadi saya dan tidak mengkhusus kepada apa-apa bidang. Entri yang terkandung dalam
blog ini adalah hasil usaha saya sendiri atau dipetik dari mana-mana laman web yang dinyatakan sumbernya.
 
Saya hanya mengupdate blog jika saya mempunyai masa lapang serta dalam keadaan yang sihat.
 
Saya tidak melayan sebarang permintaan untuk menghantar email peribadi sama ada melalui blog ini, facebook,
facebook fan page, twitter, scribd dan lain-lain. Ini adalah kerana  saya tidak mempunyai masa
untuk tujuan tersebut, di samping saya menghidapi sakit Carpal Tunnel Syndromme. 
Sekian dimaklumkan dan terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya.
~ saya cikgu baru belajar..kalau salah, tolong tunjukkan..
~ degree of quantity surveying from UM (2005)
~ bekerja sebagai juruukur bahan / quantity surveyor (disember 2005 hingga januari 2009)
~ kursus kpli (januari 2009 hingga november 2009)
~ mula menjadi guru sejak Januari 2010

Welcome to http://syazalina83.blogspot.com

ENTER
rss
twitter

My Friends

My Love & I

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Post Titles List

Clip Art : Singa Comel

posted on: minggu ke-15 2013

Comel tak singa ni? gambar yang pertama tu lawak sbb singa tu takde misai..haha.. sape la yg gi cukur misai dia tu.. kesian singa tu.. 

puas cari gambar singa yang comel untuk ajar dinamik (KSSR Tahun 3) pada minggu ke-9 yang lepas.. ala, dalam buku panduan muzik kssr dmz tahun 3 tu ada dah gambar singa, tapi saya tak berkenan.. nak yang lagi comel untuk diprint dan laminate jadi kad imbasan.. ;)

jadi saya pun edit lah gambar pertama untuk buang kepala dan gantikan dengan kepala singa yang kedua..hilangkan watermark, lalu siaplah gambar singa yang ketiga.. comel tak? hee..sekurang2 nya comel pd pandangan mata saya.. baru best nak tunjuk kat murid2.. ~








Preview Font syazalina83 V3

Font syazalina83 version 3.. telah ditambahbaik drp version yang sebelum ni..
http://syazalina83.blogspot.com/2011/04/preview-font-syazalina83.html
http://syazalina83.blogspot.com/2011/05/font-untuk-murid-sekolah-rendah.html

Ini hanya preview sahaja... sebarang komen dan cadangan, amat dialu-alukan..
Saya akan kongsi font ini tak lama lagi... sabar ye.. n terima kasih kpd cikgu2 yang berminat nak dapatkan font ini..

Contoh perbandingan font syazalina83 v3 size 10 dan font comic sans size 10



PREVIEW PENUH

(bentuk outline)

(normal)





Dokumen Standard Prestasi KSSR Tahun 3 (Lembaga Peperiksaan)




Berikut Dokumen Standard Prestasi KSSR Tahun 3 yang telah dimuat naik pada 18 Februari 2013 di laman web Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Sila klik pada butang Download. Terima kasih.

Dokumen Standard Prestasi :
    • Bahasa Malaysia SK Tahun 3 (Februari 2013) 
    • Bahasa Malaysia SJK Tahun 3 (Februari 2013) 
    • Bahasa Inggeris SK Tahun (Februari 2013) 
    • Bahasa Inggeris SJK Tahun (Februari 2013) 
    • Bahasa Cina SK Tahun (Februari 2013) 
    • Bahasa Cina SJK Tahun (Februari 2013) 
    • Bahasa Tamil SK Tahun (Februari 2013)  
    • Bahasa Tamil SJK Tahun (Februari 2013) 
    • Bahasa Arab Tahun 3 (Februari 2013) 
    • Matematik Tahun (Februari 2013) 
    • Pendidikan Islam Tahun (Februari 2013) 
    • Pendidikan Moral (Februari 2013) 
    • Pendidikan Jasmani Tahun (Februari 2013)  
    • Pendidikan Kesihatan 3 (Februari 2013) 
    • Dunia Sains dan Teknologi & TMK Tahun (Februari 2013) 
    • Dunia Muzik Tahun 3 (Februari 2013)
    • Dunia Seni Visual Tahun 3 (Februari 2013) 
    • Bahasa Iban Tahun 3 (Februari 2013) 
    • Bahasa Kadazandusun Tahun 3 (Februari 2013) 



Sumber :


Lagu KSSR Dunia Muzik Tahun 3


Kepada guru-guru yang mencari lagu-lagu KSSR Dunia Muzik Tahun 3, bolehlah download dari laman web BPK di 

Namun demikian, lagu-lagu tersebut tidak diletakkan tajuk-tajuknya, tetapi hanya terdapat no. track sahaja.

Saya akan update entri ni dengan lagu-lagu Dunia Muzik Tahun 3 seperti di dalam entri untuk lagu-lagu Dunia Muzik Tahun 2 dan Tahun 1 bila ada kesempatan (tgh tunggu modul yang lengkap). TQ...


Dokumen Standard KSSR Tahap 1 : Tahun 1, 2 dan 3 (Terkini)

 

Recent Posts

Twitter