Kenapa Bayi Kerap Menangis ?
Sumber : Baby Language 21 January 2015 Di dalam bidang tangisan bayi, adalah di maklumi bahawa amat biasa bagi bayi kecil untuk menangis kerap pada bulan-bulan awal kehidupan terutama menjelang lewat petang membawa ke malam. Ia di gelar 'witching hour' atau jam sihir. 'Witching hour' mendapat namanya kerana seperti kebanyakkan budaya di dunia ini, kita sering mengaitkan menangis atau resah berlebihan pada waktu begini sebagai ada kaitan dengan unsur mistik, jin atau hantu. Sebenarnya sains ada jawapan konkrit bagi perkara ini: Overtired (terlalu penat): siapa yang tidak letih pada penghujung hari selepas melalui 1 hari yang panjang?. Orang dewasa yang pulang dari kerja, anak-anak yang pulang dari sekolah malah surirumah yang mengurus rumah sejak pagi juga sudah letih secara mental atau fizikal pada penghujung hari. Sama halnya dengan bayi. Dan kerana mereka tidak pandai menyalurkan atau menyatakan rasa amat letih ini, mereka mula 'buat hal' bila p