rss
twitter

My Friends

My Love & I

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Post Titles List

    Carpal Tunnel Release (CTR)



    Dah bertahun tak update blog.. kali ni saya nak kongsi pengalaman tentang pembedahan tangan kiri pada 1.9.2018.. hari ni hari ke-13 selepas pembedahan.

    Saya menghidap penyakit Carpal Tunnel Syndrome (CTS) pada kedua-dua belah tangan sejak 2011.. macam-macam rawatan saya dah cuba, antaranya urut, akupunktur, wrist splint, fisioterapi, ambil vitamin, sapu losyen. kalau banyak buat kerja (guna tangan), bertambahlah sakitnya..

    http://syazalina83.blogspot.com/2011/10/sindrom-carpal-tunnel.html

    Saya dah refer Hospital Gleneagles, PPUM dan Ampang Puteri.. last jumpa doktor 2014, sebelum mengandung, dapat vitamin dengan losyen panas.. lepas tu takde buat rawatan sebab :
    2014 : mengandung
    2015 : bersalin
    2016 : mengandung + bersalin
    2017 : besarkan anak2, menyusu badan

    2018 ni dah bertambah sakit, tu yang cari juga hospital untuk rujuk masalah ni.. sebenarnya nak pergi PPUKM Specialist, Cheras sebab dekat dengan rumah mak.. tapi PPUKM bukan hospital panel company suami.. terpaksa cari hospital panel yang lain..

    31.8.2018
    Start puasa pukul 10 malam.. boleh minum air sebelum pukul 3 pagi 1.9.2018...

    1.9.2018
    Saya ditemani suami mendaftar untuk admit wad pukul 7.21 pagi... pukul 8.45 pagi baru dapat masuk bilik double sebab bilik single takde kosong.. saya nak bilik single sebab nak bawa anak-anak tidur sekali.. lagi pun takut mengganggu pesakit lain yang ada dalam bilik kalau bawa anak kecik...

    Sebelum masuk bilik, timbang berat badan.. lepas tu dalam bilik ambil darah dan bacaan tekanan darah.. dup dap dup dap je jantung ni tunggu nak kena operate.. macam nak bersalin czer dulu..huhu.. kena tanggal semua pakaian luar dan dalam, barang2 kemas, aksesori, contact lens, cermin mata..

    Saya ditolak masuk ke bilik pembedahan dekat pukul 10 pagi.. saya ditidurkan semasa pembedahan.. oleh sebab tangan kiri yang nak dibedah, jadi doktor bius kat tangan kanan.. mula-mula doktor tepuk kat tepi ibu jari kanan ni untuk cari urat, adoiiiii sakit gila..sebab ibu jari saya ada penyakit dequervain.. kali ketiga cucuk, baru ubat bius masuk..kat urat pergelangan tangan kanan.. lepas tu pakai topeng oksigen, tiba-tiba dah tak sedar diri..

    Sedar-sedar je dah ada kat recovery area.. kepala berat sangat, susah nak bukak mata..rimas pakai topeng oksigen.. pukul 11.30 pagi dah ada kat recovery area tu..nak bagi stabil.. pukul 1.07 petang baru discharge ke wad..

    Dah sampai bilik, masih mamai-mamai.. tido je.. bangun kejap, tido balik.. pukul 6 petang dapat tukar bilik single..alhamdulillah.. suami pun balik rumah ambil barang-barang dan anak-anak..

    Suami, anak-anak, mak, adik lelaki dan adik perempuan datang melawat lepas maghrib..borak-borak kejap, lepas tu mak dengan adik-adik balik..

    Ok, nanti saya update lagi cerita..ni pun menaip guna handphone je.. :)


    DSKP KSSR Semakan Tahun 1 2017


    Berikut Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSR Semakan Tahun 1 (2017) yang telah dimuat naik  di laman web Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Kementerian Pendidikan Malaysia. Sila klik pada butang Download untuk muat turun Terima kasih.



  • Bahasa Melayu SK Tahun 1
  • Bahasa Melayu SJK Tahun 1
  • Bahasa Inggeris SK Tahun 1
  • Bahasa Inggeris SJK Tahun 1
  • Matematik SK Tahun 1
  • Sains SK Tahun 1
  • Bahasa Cina SK Tahun 1
  • Bahasa Cina SJK Tahun 1
  • Bahasa Tamil SK Tahun 1
  • Bahasa Tamil SJK Tahun 1
  • Bahasa Arab Tahun 1
  • Pendidikan Islam Tahun 1
  • Pendidikan Moral Tahun 1
  • Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 1
  • Pendidikan Kesenian Tahun 1
  • Bahasa Semai Tahun 1
  • Bahasa Iban Tahun 1
  • Bahasa Kadazandusun Tahun 1


  • Sumber : http://bpk.moe.gov.my/index.php/muat-turun-dokumen/category/47-tahun1-semakan

    Selamat Tahun Baru Cina

    Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang meraikan perayaan dan cuti am ni... kat sini sy nak kongsi gambar yg boleh dijadikan background / label / frame utk catatan atau kad ucapan... sila klik pd gambar utk original size.. sy juga upload gmbr2 ni dlm fb group... tq...






     
     


     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     





















    Clip Art : Doodles Collection

    gambar2 ni merupakan antara koleksi doodles yg sy jumpa di internet..
    sumber doodle adalah daripada :

    • http://taj92.deviantart.com/
    • http://www.fizgraphic.com/
    • http://thinkart-feza.blogspot.my/
    • http://belogcikzety.blogspot.my/
    • http://nardieya.blogspot.my/
    • http://semanisepal90.blogspot.my/
    • http://paanipeace.blogspot.my/
    • http://mrdoctorspeaking.blogspot.my/
    • http://myraazraff.blogspot.my/
    • http://wanhazel.blogspot.my/
    • http://alinscartoon.blogspot.my/
    • http://jombinabelog.blogspot.my/
    • http://akuzealous.blogspot.my/
    • http://supersagaaaa.blogspot.my/
    • http://alieff-artwork.blogspot.my/
    • http://inidoodlesaya.blogspot.my/
    • http://fardiyah.blogspot.my/
    dan akan ditambah dari semasa ke semasa..
    contoh kat bawah ni pon hasil google bertahun2
    dan berbulan2 dulu.. compile sikit demi sikit.. 
    baru publish dkt group..

    doodles ni sy buat collage konon nye utk preview n
    sy nyatakan alamat url dia di dlm setiap gmbr di fb group..
    supaya senang nak cari n rujuk kemudian hari..hehe..


       
       

              

     
         
           
          


    Recent Posts

    Twitter