twitter

My Friends

My Love & I

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Post Titles List

    Pin It

    Kenapa Bayi Kerap Menangis ?


    Sumber : Baby Language
    21 January 2015


    Di dalam bidang tangisan bayi, adalah di maklumi bahawa amat biasa bagi bayi kecil untuk menangis kerap pada bulan-bulan awal kehidupan terutama menjelang lewat petang membawa ke malam. Ia di gelar 'witching hour' atau jam sihir.

    'Witching hour' mendapat namanya kerana seperti kebanyakkan budaya di dunia ini, kita sering mengaitkan menangis atau resah berlebihan pada waktu begini sebagai ada kaitan dengan unsur mistik, jin atau hantu. 

    Sebenarnya sains ada jawapan konkrit bagi perkara ini:

    1. Overtired (terlalu penat): siapa yang tidak letih pada penghujung hari selepas melalui 1 hari yang panjang?. Orang dewasa yang pulang dari kerja, anak-anak yang pulang dari sekolah malah surirumah yang mengurus rumah sejak pagi juga sudah letih secara mental atau fizikal pada penghujung hari. Sama halnya dengan bayi. Dan kerana mereka tidak pandai menyalurkan atau menyatakan rasa amat letih ini, mereka mula 'buat hal' bila perkara ini gagal di fahami ibu. 
    2. Overstimulate (rimas): nah, setelah overtired yang di rasakan, kini tambah pula dengan deria yang melimpah ruah dengan stimulasi dari bunyi bising, sentuhan , cahaya dan sebagainya. Ibarat orang dewasa yang kepenatan pulang dari kerja, di tambah pula dengan anak-anak yang berebut mahukan perhatian dan rumah yang bersepah-sepah. Apa yang anda rasa? Rimas bukan?. Begitu lah ibaratnya bayi. Bila sudah amat letih, mereka mudah rimas dengan bunyian, cahaya, gomolan atau sentuhan berlebihan.
    3. Keperluan kepada 'cluster feeding': cluster feeding merujuk penyusuan kerap, seperti 2,3 kali dalam satu jam, beberapa jam sebelum bayi memulakan tidur malam yang panjang. Ya, tentunya pada ketika ini anda merasakan bagai tidak henti-henti menyusukan bayi. Ia adalah normal terutama pada minggu ke 6-8 dan boleh berlanjutan ke 5 bulan di mana bayi seolah-olah ingin membuat stok atau meningkatkan jumlah kemasukn kalori sebagai 'bekalan' tidur malam. Ia merupakan tuntutan biasa bagi bayi yang sedang membesar. 


    Sudah tentu info begini penting agar ibubapa tahu situasi sebenar yang mereka hadapi dan tidak tertekan malah bersedia membuat perancangan bagi menghadapi 'witching hour' lebih-lebih lagi jika kedua-duanya berkerja dan punya anak-anak yang lain untuk di urus. 

    Tidak sah untuk tidak menyentuh soal gangguan hantu atau jin bila bercakap soal ini. Secara peribadi saya TIDAK bersetuju gangguan yang di maksudkan menjadi SEBAB UTAMA bayi kuat menangis atau resah pada 'witching hour' walau TIDAK menolak SAMA SEKALI akan kemungkinannya kerana sebagai seorang muslim, menjadi kewajipan kita beriman kepada perkara ghaib.

    Namun tak perlu terlalu obses tentang hal ini sehingga sebahagian dari kita ke tahap syirik pula!. Ini kerana, hampir kesemua kes, bayi mula banyak menangis seawal usia 3 minggu dan akan berakhir selepas 3 atau 5 bulan. Usia yang di maksudkan sebenarnya berpadanan dengan ciri atau syarat biasa colic (sawan tangis) yang telah di buktikan sains. Jadi dalam hal ini, bagaimana pula dari sudut gangguan hantu dapat menjelaskan mengapa pada kebanyakkan kes, hantu 'memilih' untuk mengganggu bermula usia 3 minggu dan bukan sejak hari pertama? Dan mengapa 'memilih' untuk berhenti mengganggu selepas 3-5 bulan?.

    Sudah tentu tidak salah andai mahu 'berubat' dengan rawatan Islam kerana kita di suruh berikhtiar sebaik mungkin namun harus di ketahui, dari sudut perubatan moden atau sains, juga ada penyelesaiannya antaranya menerusi teknik mententeramkan bayi yang di gelar Cuddle Cure yang di ilhamkan dari sensasi rahim yang dibuktikan dapat mengaktifkan reflek bertenang bayi dengan mudah.

    Memetik kata-kata Imam Shafie: jika kamu ingin berjaya di dunia, hendaklah dengan ilmu. Jika kamu ingin berjaya di akhirat juga hendaklah dengan ilmu. Dan jika kamu ingin berjaya di kedua-duanya juga hendaklah dengan ilmu.

    Albert Einstein juga pernah berkata: Agama tanpa sains adalah buta, sains tanpa agama adalah lapuk.

    Pada akhirnya, bukankah ilmu Allah itu luas?.


    https://www.facebook.com/USWATUNHASANAHKONSULTANTANGISANBAYIPERTAMAMALAYSIA/photos/a.725485897495495/915417328502350

    0 comments:

    To insert smiley in your comment, simply type in the characters beside your chosen smiley...
    :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =)) ~ syazalina83 ~

    Post a Comment

    Recent Posts

    Twitter

     
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...