Pertandingan Koir Patriotik 2012

Alhamdulillah, setelah berpenat lelah dengan urusan pasukan koir sekolah untuk tahun kedua, sekolah saya mendapat naib johan dalam Pertandingan Koir Patriotik 2012 antara sekolah-sekolah rendah, anjuran Subang Parade pada 30 Jun 2012 (tempat ketiga pada tahun 2011)...Kejayaan ni takkan diperolehi tanpa kerjasama berpasukan antara cikgu2, murid2 dan juga ibu bapa.. Kalau kita amalkan kerja berpasukan ni, kerja yang berat akan menjadi ringan..betul tak? Urusan koir ni bukannya sikit..dan mmg tak boleh nak handle sorang2..huhu..

Tahun lepas saya anggap mcm hadiah sempena hari jadi saya (17 julai) sbb pertandingan tu sehari sblm hari jadi sy.. tapi tahun ni, mcm lambat lagi je nak sambut hari jadi (lagi 17 hari).. so, anggap mcm hadiah untuk ulang tahun perkahwinan yang kedua @ 3 julai (boleh ke? hahaha.. en suami, saya nak hadiah!).. 

Sebenarnya banyak benda nak cerita pasal koir n ulang tahun perkahwinan.. insya Allah bila saya ada kesempatan, nanti saya update semula entri ni.. walaupun dah abis koir, tapi kesibukan tu belum reda lagi..byk urusan pasca koir ni, sijil murid, pemulangan n penyimpanan pakaian, aksesori, penyampaian hadiah masa perhimpunan dan lain2.. 


Dari kiri : konduktor SK Taman Megah, SK Subang Jaya, SK Sri Petaling



Sementara menunggu entri ini dikemaskini, bolehlah melihat sebahagian koleksi gambar sepanjang hari pertandingan.. Kami smpai di subang parade seawal 9.25 pagi..hehe.. lps tu g sarapan kejap n warm up vokal skit..sambung makeup n touch up utk murid2 ppuan yg dah ilang lipsticknya lps makan.. tempat duduk kami best, sbb belakang juri @ dpn sekali..hehe.. sesi koir 1 abis sblm kul 12 tengah hari.. lps tu murid2 diberi mkn n boleh berjimba2 dlm subang parade sementara menunggu sesi kedua pd kul 1.30.. 
Gambar-gambar adalah kepunyaan salah seorang murid koir, iaitu anak kepada Naib YDP PIBG SKSP: En. Adi Azhar

Sekolah2 lain kebanyakannya guna cikgu / instructor sebagai pemain piano..tapi pemain piano sekolah kami paling comel dan kecik..hakim pun kagum.. kalau sekolah lain, dia hanya rakam video nyanyian murid2 atas pentas.. tapi sekolah kami, dia siap rakam konduktor n pemain piano..hehe..

Tuan punya gambar (anak Naib YDP PIBG SKSP) 

ps: boleh pulak pengacara yg mengumumkan pemenang2 tu bagi pembayang utk sek yg menang tempat kedua adalah berdekatan dgn kawasan sukan, iaitu bukit jalil.. dah tentulah sk subang jaya bkn kat situ.. ramai org konfius dgn SK Sri Petaling yg sebenarnya terletak di seksyen 12, pj..berdekatan dgn UM.. masa awal pembukaanmya 43 tahun dulu (tahun 1969), dikenali sebagai Sekolah Rendah Universiti..



Hadiah birthday paling best tahun 2011... 



Comments