Happy 2nd Anniversary !



Selamat ulang tahun perkahwinan yang kedua buat suami, adik lelaki dan adik iparku..hehe.. Adik nikah awal 6 hari dari saya.. tapi majlis persandingan diadakan serentak pada 4 Julai 2010.. Sangat best jadi raja dan ratu sehari..rasa nak bersanding lagi sekali je..huhu.. Majlis kenduri perkahwinan ni adalah majlis yg pertama oleh ibu bapa saya..jadi masih byk kekurangan dan kesilapan yg tak dijangka.. Sepatutnya adik lelaki sy yg nak kahwin dulu, tp mak n ayah suruh sy join sekali.. 

Adik lelaki dan saya..
(adik lahir semasa saya berumur 9 bulan 22 hari ~ kira sebaya tapi dia lahir tahun lain)

  






Terima kasih guru-guru pelatih IPGM Ilmu Khas yang sudi menyanyikan lagu yg dicipta khas oleh ayah saya sempena majlis perkahwinan kami..

Saya dan suami memakai persalinan berwarna ala2 kuning diraja.. Manakala adik saya bersama isterinya memakai persalinan berwarna ala2 peach kecoklatan.. taktau nak bagi nama warna yg tepat..hehe..

Majlis kami agak meriah dengan persembahan2 yg telah diatur oleh ayah saya bersama-sama pelajar-pelajarnya.. Banyak betul persediaan termasuklah paluan kompang dan alat2 muzik, silat, nyanyian koir, persembahan angklung, tarian zapin, persembahan alatan tiupan, ensembel "sedangkan lidah lagi tergigit", ensembel "saat yang bahagia", ensembel "ai ai twist", dan lain2.. Terima kasih ayah, mak, sanak saudara, kawan2, jiran2, mak andam, jurukamera, dj, dewan pusat belia antarabansa dan semua yg byk membantu memeriahkan majlis kami!

ps: Kejap je dah 2 tahun...

Comments

  1. TAHNIAH!! semoga bahagia dan berkekalan, hendakNya. insyaAllah~ ^^

    ReplyDelete
  2. tq antara.. :X amin..
    moga Allah murahkan rezeki kami..

    ReplyDelete
  3. tahniah......love ur blog.....care to visit mine..

    ReplyDelete
  4. happy anniversary 2nd year...tahniah! :D

    ReplyDelete
  5. salam..mm dlm gambar tu shahrul ka?

    ReplyDelete
  6. t.kasih intan n wadie.. ;)

    salam mawaddah..macam kenal je.. ;))
    ni bekas adik dorm ku dulu ke?
    aah..dlm gmbr tu syahrul la..

    ReplyDelete
To insert emoji in your comment, simply type in the characters beside your chosen emoji...
:) ;) :D :7 :)) =)) :P :( :(( :-S @-) 8-} :-O X( :x :-* =(( I-) :-$ :-a =P~ B-) :-B 2):) X_X -Y- :Y :N =D7 :-h

Post a Comment