Protex Handwash Starz Search 2012



Protex Handwash Starz Search 2012 dianjurkan oleh Protex Malaysia untuk mendidik murid-murid supaya mementingkan 7 langkah pembersihan tangan yang betul. Sebagai menunjukkan sokongan yang padu kepada sekolah saya ( SK Sri Petaling, PJ ), saya nak membuat promosi tentang video di bawah yang merupakan persembahan comel dari sekolah saya. Comel sgttt..  

10 video yang mendapat total views paling tinggi akan dipilih dan dihakimi oleh juri untuk mara ke peringkat kedua. Namun hanya 5 yang terbaik akan dipilih untuk memasuki petandingan akhir nanti.. Harap SSP dimurahkan rezeki...amin..

Merujuk kepada syarat-syarat penyertaannya, video-video yang telah dimuat naik di Youtube sejak 1 Jun 2012 yang lalu akan terus dipamerkan untuk tontonan umum sehingga 30 Jun 2012. Kemudian keputusan 5 rakaman video terbaik akan diumumkan selewat-lewatnya pada minggu 6 Julai 2012.










Comments