Pesta Buku READMALAYSIA'11


Tarikh              :           27 Mei 2011 – 5 Jun 2011
Masa                :           11.00 pagi – 10.00 malam
Tempat            :           MIECC, MINES Resort City, Seri Kembangan, Selangor


READMALAYSIA'11 merupakan salah satu pameran buku terbesar yang terdiri dari koleksi buku-buku Cina, Inggeris dan Melayu. Read Malaysia yang sudah masuk tahun ketiga ini bermatlamat bagi mempromosikan minat membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Pameran yang dianjurkan oleh MINES, Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC) ini, disokong oleh Kementerian Pendidikan dengan tujuan utama untuk mempromosikan pentingnya membaca dan menanam minat membaca di kalangan masyarakat Malaysia.

Selain Malaysia, pameran ini akan menampilkan lebih dari 200 peserta dari negara-negara termasuk Taiwan, Hong Kong, Singapura, China dan Indonesia. READMALAYSIA'11 akan menarik lebih ramai pengunjung untuk hadir berbanding tahun lalu yang berjaya menarik lebih kurang 325,000 pengunjung melalui pameran yang dianjurkan pada bulan Jun 2010.

Pesta buku ini dijadikan interaktif dan penuh dengan hiburan seperti persembahan pelajar sekolah, pelbagai pertandingan (Mewarna, Mengeja, Pertandingan Bercerita,  Pertandingan Membaca Skrip Drama), pelancaran buku, seminar dan ucapan serta lain-lain tarikan.

Pesta buku ini juga bakal dihadiri oleh ramai nama – nama terkenal tanah air yang turut mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan. Antaranya termasuklah sesi interaktif bersama Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Angkasawan Negara, sesi My Favourite Read bersama  Dato Lee Chong Wei, Datuk Nicol Ann David & Puan Wardina Safiyyah dan Brain Mastery dari Ken Chee dan juga My Little Chocolatier workshop, pertandingan baju kostum serta pertunjukan dan pertandingan Bandai Gundum.

Selain itu, aktiviti-aktiviti lain yang dijangka menarik perhatian pengunjung termasuklah penampilan penceramah berbahasa Cina yang dihormati, Liu Xuan, Ma Jia Hui, Fan Yi Shun, Billy, Zhang Hong Yu, Ling Lan, Su Hei, Lin Bo Yong  dari Taiwan, China dan Hong Kong serta penulis  - penulis tempatan yang akan menyertai READ MALAYSIA 2011 untuk berkongsi maklumat dan pengetahuan tentang pendidikan, kesihatan, pemakanan dan fesyen serta pelancaran buku baru.

Pelbagai diskaun, promosi dan  beraneka hadiah menanti para penunjung pada acara ini. Inilah sememangnya tempat dimana tiada penghujung bagi ilmu pengetahuan. Satu acara lain, The Chocolate Fair, juga akan diadakan serentak dengan READMALAYSIA’11 di lobi MIECC untuk menyerikan lagi suasana acara ini. Para pengunjung boleh menikmati makanan kegemaran ini sementara mengunjungi aktiviti-aktiviti yang disediakan.

Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC) juga akan menyediakan servis pengangkutan bas percuma dari stesen LRT Bukit Jalil dan Stesen KTM Serdang ke MIECC untuk memudahkan lagi perjalanan para pengunjung ke sana.


Masuk adalah percuma!
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila hubungi MINES Event Management, Mr Ryan Mok di talian 03-8949 5566 / 017- 270 1722, atau faks ke 03-8945 2155, atau email / layari laman web www.readmalaysia.my

Comments